Menggunakan tayar pertengahan, catatan masa satu minit 40.952 saat yang dilakukan Marquez di awal sesi saingan sudah memadai buatnya mencatat masa terpantas, sebelum dia terjatuh ketika sesi kedua kelayakan sedang berlangsung.

Penunggang Sepanyol itu yang menyambar petak pertama ke-55 dalam kariernya iaitu menyamai rekod Valentino Rossi selepas mengetepikan cabaran sengit dua pelumba Ducati, Danilo Petrucci (Itali) serta Jack Miller (Australia).

Pesaing rapat Marquez, 26, dalam kedudukan pelumba dunia, Alex Rins yang menunggang jentera Suzuki sekadar menamatkan kelayakan di tangga ke-19.

Marquez, 26, kini mendahului kedudukan pelumba dunia dengan 70 mata selepas empat perlumbaan hanya satu mata mengatasi rakan senegaranya, Rins.

Seorang lagi pelumba Ducati yang kini menduduki tangga ketiga kejuaraan dunia, Andrea Dovizioso mencatat masa keempat terpantas dalam kelayakan hari ini, diikuti dua penunggang Yamaha iaitu juara dunia tujuh kali, Rossi dan Franco Morbidelli. - AGENSI