Rakan senegaranya, Maverick Vinales dari Sepanyol mengesahkan petak pertama untuk perlumbaan sebenar hari ini, manakala Andrea Dovizioso kedua, diikuti Marquez ketiga.

Penunggang Yamaha, Vinales mencatat masa terpantas menerusi 1 minit 53.546 saat, sementara Dovizioso 1:53.546s disusuli Marquez 1:53.745s

Bagaimanapun saingan tersebut dicemari dengan insiden kemalangan pada penghujung perlawanan ekoran cuaca yang berangin dan sejuk di Doha.

Antara mereka yang mengalami kemalangan pada pusingan kelayakan dan sesi latihan adalah Marquez dan rakan sepasukan Honda, Jorge Lorenzo yang mungkin tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Ramai pelumba membuat permohonan sekali lagi supaya perlumbaan sebenar nanti diawalkan satu jam daripada pukul lapan malam waktu tempatan, di mana permohonan tersebut pada awalnya ditolak.

“Kami berdepan risiko daripada keselamatan yang tidak sepatutnya. Kami akan berlumba tetapi adalah baik jika ia diawalkan satu jam, iaitu mula berlumba pada pukul 7 malam.

Turut senada dengan pendapat Marquez adalah Vinales dan Dovizioso.

Perlumbaan di Doha tahun lalu bermula pukul 7 malam dan masa permulaan sering menjadi isu di sana.– AFP