Juara dunia tiga kali itu telah mengalami dua kecederaan serius tahun lalu bersama Ducati, namun perjalanannya untuk membuat penampilan sulung bersama Honda musim ini diganggu dengan masalah pergelangan tangan kiri.

Lorenzo dua kali terjatuh dalam perlumbaan di Qatar tiga minggu lalu, mengakibatkan kecederaan rusuknya retak kembali.

“Sudah tentu saya cuba untuk tidak terjatuh lagi. Ini kerana

“Kerana saya fikir dalam satu atau dua lagi perlumbaan, kecederaan saya akan pulih. Oleh itu, sangat penting untuk tidak jatuh lagi.

“Saya perlu lebih berhati-hati dalam perlumbaan hujung minggu ini, namun saya juga ingin mendapatkan keputusan yang baik. Apa pun saya fikir, bukan mudah untuk melaksanakan tugas nanti.

Lorenzo, yang menamatkan saingan GP Qatar di tempat ke-13 berkata, dia masih lagi merasai kesakitan di tulang rusuk ketika membelok dan menarik ‘break’.

“Sudah tentu ubat tahan sakit membantu, tetapi ia tidak menyeluruh.

Lorenzo berkata, dia masih lagi merasai kesakitan sehingga kioni, namun menganggap maslaah tersebut akan pulih dari semasa ke semasa.- AGENSI