Perkara tersebut diumumkan Jokowi dalam hantarannya di Instagram sejurus selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Camelo Ezpeleta di Istana Bogor, Jawa Barat, semalam.

“Sah perlumbaan MotoGP akan berlangsung di Indonesia, dua tahun dari sekarang (2021).

“Saya sudah bertemu Carmelo Ezpeleta, bos Dorna, yang mengunjungi Istana Bogor untuk memastikan kita bersedia sepenuhnya, termasuk daripada segi insfrastruktur,” tulis Jokowi.

Dorna sebelum ini sudah menandatangani perjanjian dengan Agensi Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC) untuk menjadi tuan rumah perlumbaan bermula musim 2021 di Lombok.

Projek terbaru itu akan membantu pembangunan semula Lombok yang teruk dilanda gempa bumi sehingga mengorbankan 500 nyawa dalam tragedi pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Perlumbaan MotoGP itu akan berlangsung di litar jalan raya sepanjang 4.32 kilometer dengan 18 selekoh. - UTUSAN ONLINE