Secara teknikalnya, pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 itu menghuni tangga tercorot dalam perlumbaan di Austin, Texas kerana empat pelumba di bawahnya tidak menamatkan saingan.

Hafizh mengakui kecewa dengan prestasinya terutama selepas membuat kesilapan dalam pemilihan tayar.

"Sejujurnya saya agak kecewa kerana kami membuat pemilihan tayar berbeza tetapi ia nampaknya bukan pilihan yang tepat.

"Sejak awal perlumbaan, saya rasa tidak bagus. Saya tidak dapat hentikan motosikal dengan baik, jadi saya terus berlumba dalam keadaan begitu.

"Sangat sukar untuk mengekalkan kelajuan dan ia mengambil seluruh tenaga saya.

"Saya tidak tahu mengapa ia berlaku tetapi saya harap kami akan bangkit di Jerez iaitu perlumbaan pertama di Eropah.

"Saya harap kami dapat melakukan sesuatu di sana untuk mendapat kelajuan yang baik dan merapatkan jurang dengan barisan pelumba di hadapan," kata Hafizh dalam Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao.

Hafizh memulakan kempen 2019 dengan menduduki tangga ke-20 dalam Grand Prix Qatar pada 10 Mac.

Dia mencatat keputusan lebih baik di Argentina pada 31 Mac dengan menduduki tangga ke-16 tetapi enam pelumba gagal menamatkan saingan ketika itu.

Perlumbaan keempat musim ini akan bersambung di Litar Jerez, Sepanyol pada 5 Mei depan.- UTUSAN ONLINE