ANDREA DOVIZIOSO

Kedua-dua pelumba itu saling bertukar ke­du­dukan pada pusingan terakhir, tetapi, Dovizioso yang memacu jentera Du­cati mendahului hampir keseluruhan aksi dan memastikan kemenangan men­jadi milik mutlaknya dengan hanya 0.023 saat (s) di depan pencabar dari Honda itu.

Keputusan di Litar An­tarabangsa Losail itu mengulangi pencapaian tahun lalu apabila kedua-dua pelumba itu mengunggu­li dua tempat teratas pa­da tahun lalu, dengan Do­vi­zioso mengatasi Marquez 0.027s. Kedudukan ketiga pula menjadi milik pelumba Britain, Cal Crutchlow.

“Saya gembira kerana sebelum perlumbaan hujung minggu, persembahan sa­ngat teruk. Seronok apabila dapat memulakan perlumbaan dengan menundukkan juara dunia,” kata Dovizioso.

Penunggang Itali itu hadir di Doha dengan perasaan bimbang mengenai kelajuan jenteranya, namun, masih mampu memulakan aksi di petak kedua selepas kelayakan. Marquez pula yang bermula di petak ketiga, gagal merampas kedudukan teratas daripada Dovizioso di pusingan terakhir.–AFP