Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing yang sebelum ini memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka bermula ccemerlang untuk mendahului kedudukan melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.

Akid yang cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua, sekali gus membuka ruang selesa buat Azroy terus unggul.

Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing) cuba memberi tentangan dengan mengekori rapat di belakang, namun Azroy bijak menutup ruang sekli gus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17 minit, 34.904 saat diikuti Afif 17:35.080s).

Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17:45.922s.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana bekerja keras untuk membantu saya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja.

“Pada penghujung perlumbaan saya menyedari Afif berada dekat dengan saya jadi saya perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Azroy yang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.

Dalam saingan CP115, Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan dari petak pertama mendominasi 15 pusingan perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing) yang bermula dari petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s sekaligus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.

Bagi kategori WIRA, Md Aliff Danial M Asri (Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s, diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) dengan masa 11:23.957s dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza ketiga (11:25.946s). - UTUSAN ONLINE