Pelumba Petronas Sprinta Yamaha –CKJ Racing itu mencatat masa terpantas 52.310 saat yang dilakukan pada pusingan kelapan, diikuti Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) dengan 52.413s, sekali gus membawa dua jentera Yamaha mendahului pusingan kelayakan.

Naib juara pusingan lalu, Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) masih memberi cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan 52.493s manakala juara pusingan pembukaan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) keempat terbaik (52.559s).

“Kegagalan menaiki podium di Melaka memberi sedikit kesan kepada kami. Litar di Jasin memberi banyak kelebihan kepada Honda namun berbeza di Batu Kawan yang kelihatan seimbang buat kedua-dua jentera.

“Sesi kelayakan ini sangat penting dan sebagai pelumba terpantas, saya adalah pelumba terakhir yang keluar dalam kelayakan Superpole esok.

"Ia memberi sedikit kelebihan kepada saya kerana mempunyai lebih masa untuk melihat dan mengkaji bagaimana aksi pelumba lain sebelum keluar ke litar," kata Ahmad Afif.

Sementara itu, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) mencatat masa terpantas sesi kelayakan CP115 dengan masa 54.433s manakala Md Aliff Danial M Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi Shootout dengan catatan masa 55.753s. - UTUSAN ONLINE