Selepas beberapa musim beraksi dalam kelas perdana CP130 dan CP150, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu bakal ‘turun’ ke kategori CP115 selepas tempatnya digantikan juara CP115 musim lalu, Tengku Amirul Haffirudin yang akan bergandingan bersama Md Izzat Zaidi dan Md Azhar Abd Jalil di dalam kelas CP150.

Adib pula akan bergandingan bersama Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Md Khairi Asyraf Mahmood dalam misi untuk mengekalkan gelaran individu dan berpasukan yang dimenangi pada musim lalu.

“Saya tidak boleh memandang mudah saingan kelas CP115 hanya kerana saya beraksi dalam kelas CP150 sebelum ini.

“Cabarannya tidak kurang hebat terutama dengan kehadiran pelumba-pelumba muda yang pantas dan agresif,” jelas juara WIRA 2010 itu.

Dia juga tidak melihat perubahan kelas sebagai ‘turun pangkat’ kerana pasukan mempunyai strategi tersendiri, terutama dalam misi untuk mengekalkan gelaran keseluruhan yang dimenangi, musim lalu.

“Saya akan memberi yang terbaik dan pada masa sama akan membimbing dan mengatur strategi bersama Fareez serta Khairi Asyraf supaya dapat menghadiahkan podium kepada pasukan di Jasin minggu ini,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE