Juara dunia empat kali itu mencatat masa terpantas satu minit, 44.574 saat, sekali gus menghidupkan harapannya untuk memenangi perlumbaan pertama musim ini.

Beraksi di depan ribuan ‘tenterang oren’ iaitu penyokong Belanda, pemandu Red Bull, Max Verstappen turut cemerlang mencatat masa ketiga terpantas, diikuti rakan sepasukan baharunya, Alex Albon yang membuat penampilan sulung selepas dinaikkan pangkat dari Toro Rosso.

Valtteri Bottas yang menyambut ulang tahun ke-30 pada 28 Ogos lalu memandu jentera Mercedes ke tangga kelima manakala rakan sepasukannya yang juga juara dunia lima kali, Lewis Hamilton di tempat keenam. - AFP