Pemandu Red Bull dari Belanda itu muncul pelumba F1 ke-100 meraih petak pertama dalam sejarah perlumbaan dan mencatat kejayaan tersebut di atas litar yang sama di mana bapanya, Jos menaiki podium buat julung kali ketika beraksi bersama Benetton pada 1994.

Verstappen, 21, meraikan kejayaan itu dengan penuh emosi, malah disambut meriah oleh ribuan peminat dari Belanda yang memenuhi tempat duduk utama di Litar Mogyorod.

“Ia menakjubkan.

“Saya sangat gembira, namun masih ada perlumbaan yang perlu diharungi dan itu adalah perkara paling mustahak.

“Begitupun kejayaan hari ini menggembirakan pasukan dan sesuatu yang hebat,” kata Verstappen.

Verstappen menamatkan saingan dengan catatan terpantas 1 minit, 14.572 saat - hanya 0.018s mengatasi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas manakala juara dunia, Lewis Hamilton di tempat ketiga. - AGENSI