Ini bermakna peminat F1 pada masa akan datang tidak boleh lagi berkelip mata sekali pun jika tidak mahu terlepas menyaksikan aksi menukar tayar dan mengisi minyak oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Menerusi teknologi yang semakin tinggi dalam F1, ia kini dikesan banyak membantu kru pasukan meningkatkan kepantasan mereka memandangkan hentian pit juga boleh membantu kejayaan seseorang pelumba untuk muncul juara.

Sebelum ini, rekod hentian pit terpantas dipegang kru seorang lagi pelumba Red Bull, Pierre Gasly iaitu 1.91 saat yang dicatat pada GP British di Litar Silverstone sebelum GP Jerman.

Bagaimanapun tidak sampai beberapa minggu, ia berjaya diperbaharui lagi sekaligus mengagumkan banyak pihak termasuk pemandu F1 sendiri.

“Terlalu cepat sekarang sehingga anda tidak punya masa untuk melihat kru menukar tayar sekali pun jika terlepas sekelip mata. Kini peminat F1 kena fokus betul-betul. Ia satu tugas hebat yang dilakukan mekanik pasukan,” kata Gasly. - AFP