Bekas juara dunia itu berjaya mengelak insiden lebih buruk berlaku apabila seorang peminat tiba-tiba memaki hamunnya ketika mereka bertembung.

Menurut saksi, Raikkonen, yang genap 40 tahun pada 17 Oktober tahun ini dilihat menahan sabar dan bersikap seperti mana nama julukannya ‘Ice Man’ untuk menenangkan keadaan.

“Saya hampir-hampir terpaksa memberhentikan satu pergaduhan,” kata rakan senegara dan bekas rakan sepasukannya ketika di Ferrari, Mika Salo kepada MTV.

“Saya sedang berjalan dan saya tidak tahu dia (peminat) agak mabuk. Dia kemudian melambaikan tangannya.

“Dia datang di depan saya dan mula menghayun tangan ke cermin mata saya...Saya memarahinya. Dia agak mabuk, saya tidak tahu apa yang dia lakukan,” kata pemandu Alfa Romeo itu kepada Zippo Sport.

Raikkonen tiba di Spa-Francophones dengan masalah ketegangan otot kiri, namun dia tetap mengambil bahagian dalam dua sesi latihan bebas semalam.

“Tidak hairanlah pemandu kadangkala merasa perlu untuk mengelak daripada peminat. Orang seperti ini merosakkan hari kami,” katanya lagi. - AFP