Anak lelaki kepada juara dunia tujuh kali yang telahpun berusia 20 tahun itu berasa seperti satu penyeksaan sepanjang dia menanti giliran untuk muncul di pit-lane di depan ribuan penonton yang hadir di Litar Hockenheim.

Schumacher yang kini merupakan pemandu Formula 2, memakai topi keledar yang direka khas bagi memberi penghormatan sepanjang karier bapanya memandu jentera Ferrari tersebut yang membawa kepada 13 kemenangan dan gelaran dunia pada 2004.

“Saya cuma mahu masuk ke litar dan memandu jentera tersebut. Cukup jelas, sewaktu menunggu walaupun di depan pit, saya berasakan satu penyeksaan. Saya tidak pernah berhenti tersenyum. Senyuman sentiasa terukir di wajah saya. Walaupun saya terperangkap di situ, saya masih mampu tersenyum! Ia sesuatu yang sangat hebat,” katanya. - AFP