Pelumba Monaco itu yang mencatat masa terpantas dalam dua daripada tiga sesi latihan bebas meneruskan aksi baik apabila mencatat masa sepusingan terpantas dalam saingan kelayakan menerusi catatan satu minit 42.519 saat.

Dia mengatasi rakan sepasukan, Vettel dengan kelebihan 0.748s.

Ini adalah petak pertama ketiga diraih Leclerc musim ini selepas Grand Prix Bahrain (Mac) dan Grand Prix Austria pada Jun lalu.

Ferrari bagaimanapun masih belum memenangi sebarang perlumbaan dalam kalendar 2019.

“Saya rasa sangat bagus. Kami agak bergelut dengan kelajuan dalam perlumbaan sebenar dan masih perlu memberi tumpuan kepada aspek tersebut. Apa pun, saya yakin kami semakin kuat,” kata Leclerc.

Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes menamatkan sesi kelayakan di tangga ketiga dengan kepantasan 1:43.282s, diikuti rakan sepasukannya, Valtteri Bottas (1:43.415s) manakala pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat kelima (1:43.690s) dan Daniel Ricciardo dari Renault keenam (1:44.257s). - AFP