Hamilton mendedahkan kemenangan yang dilakar di GP Sepanyol diinspirasikan oleh seorang kanak-kanak berumur lima tahun, Harry Shaw yang sedang bertarung dengan kanser tulang dan diberikan tempoh seminggu untuk hidup.

Selepas menerima mesej daripada Shaw, juara dunia lima kali itu memberi hadiah termasuk replika jentera F1 serta trofi GP Sepanyol.

Bagi mengucapkan terima aksih, Harry menghantar rakaman video sambil berbaring di aas katil hospital dan berkata;’Hello Lewis Hamilton. Selamat maju jaya dalam perlumbaan di Sepanyol dan terima kasih untuk semua hadiah yang diberikan. Kasih dan sayang dari Harry dan selamat tinggal.

Selepas perlumbaan di Sepanyol, Hamilton berkata;’Saya menerima mesej dari seorang kanak-kanak bernama Harry dan dia menjadi sumber semangat.

“Apabila saya bangun pagi ini, saya rasa kehilangna dan tertanya-tanya bagaimana hari ini akan melayan saya. Kemudian saya ternampak mesej tersebut dan saya seperti,’Saya mahu berjumpa awak, Harry.

“Saya mencari inspirasi dan sesuatu untuk dipegang jadi saya mendedikasikan perlumbaan ini kepada dia.

“Anda patut keluar dan mencari sesuatu untuk seseorang. Selalunya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan namun saya berharap dia menonton apa yang saya katakan ini.

“Saya akan menghantar mesej kepadanya selepas ini dan kami akan cuba untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk dia,” kata Hamilton. - AGENSI