Pemandu Mercedes itu dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari, tahun lalu, sewaktu penyambungan kontraknya bersama Mercedes mengambil masa hampir setahun untuk dimeterai.

Pelumba Britain itu menurunkan tandatangan yang mengikatnya bersama Mercedes selama dua tahun, Julai lalu, dan kontrak tersebut hanya akan berakhir pada penghujung musim 2020.

“Adakah menarik menyaksikan Hamilton menjadi pemandu Ferrari. Ia boleh berlaku, jadi jangan sesekali menafikannya. Saya yakin Hamilton sendiri pernah terfikir sekali atau dua kali mengenai hal ini. Jika Ferrari memiliki jentera yang mampu memenangi kejuaraan dunia, saya rasa ia akan berlaku,” kata Croft kepada Express Sport. - AGENSI