Leclerc beraksi baik musim ini tetapi dalam ketiga-tiga perlumbaan setakat ini, pasukannya meminta dia memberi laluan kepada rakan sepasukannya Sebastian Vettel sekiranya dia berada di hadapan.

“Ketika saya berlumba di Formula Satu, saya ingin menang secepat mungkin dan mengalahkan juara. Jadi ia nampak sama seperti saya dahulu.

“Saya dapat melihat persamaan diri saya dalam Charles dan dia kini melakukan tugas dengan cukup baik,” katanya.

Juara dunia itu kini sedang melakukan persediaan menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Azerbaijan, Ahad ini.

“Dengan jangkaan yang tinggi daripada pasukan besar seperti Ferrari, dia memandu dengan sangat baik dan hanya perlu kekalkan momentum itu. Dia perlu melakukan apa yang ingin dilakukan,” jelasnya.

Juara dunia lima kali itu menyamakan situasi yang dihadapi Leclerc sama seperti situasi yang dihadapinya suatu ketika dahulu ketika bersama McLaren, sewaktu bersaing dengan juara dua kali, Fernando Alonso pada tahun 2007. - AGENSI