Menyifatkan kelajuan jentera Ferrari sebagai mengejutkan, Wolff hilang kata-kata dalam memikirkan peningkatan mendadak pada sesi kelayakan yang dipamerkan pencabar mereka itu yang menguasai petak satu dan dua meninggalkan dua pelumba Mercedes iaitu Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas di petak ketiga dan keempat.

“Lerlerc lebih pantas 1.3 saat. Kami sedar kesukaran menanti dua pelumba Mercedes pada perlumbaan sebenar nanti. Jurang masa yang dicatat Ferrari itu memang mengejutkan.

“Kami perlu melakukan yang terbaik dan betul dalam perlumbaan sebenar jika mahu menang dan menyekat Ferrari,” katanya yang bagaimanapun yakin pelumba Mercedes akan bangkit memperbaiki persembahan dan kesilapan.

Wolff juga berang apabila Hamilton dan Bottas hampir berlanggar sesama sendiri semasa pusingan pemanas badan kerana situasi itu menyebabkan Mercedes nampak bodoh dalam membuat persiapan.

“Anda cuba untuk membuat sesuatu yang lebih sempurna tetapi kemudianya ia kelihatan seperti satu tindakan yang bodoh. Dua kali ia berlaku pada sesi kelayakan hari ini. Mungkin itu memberi kelebihan kepada pasukan lawan,” tegasnya. - AFP