Mercedes telah memenangi kedudukan satu-dua dalam semua empat perlumbaan dan ketika ini Vettel berada di tangga ketiga ketinggalan 35 mata daripada pendahulu Valtteri Bottas manakala tempat kedua milik Lewis Hamilton.

“Kini kami perlu mendapatkan mata secepat mungkin.

“Jika kami menunggu terlalu lama maka dikhuatiri keadaan akan bertambah teruk buat kami,” katanya. - AGENSI