Ini bermakna, Litar Albert Park menjadi venue kedua F1 yang menyambung kontraknya selepas Litar Silverstone di GP British melakukan perkara yang sama minggu lalu. Bagaimanapun Litar Silverstone hanya menganjurkannya sehingga 2024.

Sebagai rekod, Melbourne mula menjadi penganjur salah satu perlumbaan F1 sejak musim 1996 tetapi hanya mula menjadi perlumbaan pembuka tirai setiap musim sejak 2010, biasanya pada bulan Mac. - AFP