Kata juara dunia dua kali dari Sepanyol itu yang bersara tahun lalu, dia perlu tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya sebelum boleh membuat keputusan muktamad tentangnya.

“Tengok dulu. Saya kena juga mempertimbangkan beberapa perkara di luar F1 termasuk menyempurnakan tanggungjawab saya (dalam Indy 500). Perlumbaan Indy misalnya belum habis lagi.

“Jadi F1 2021 yang memperkenalkan peraturan baharu adalah masa terbaik mengenali cabaran F1 baharu yang mungkin berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang. Sebab saya bersara dari F1 tahun lalu kerana monopoli beberapa pasukan yang keterlaluan dan keputusan yang mudah dijangka.

“Tahun 2021 keadaan ini boleh berubah dan mungkin ia peluang terbaik (untuk kembali),” katanya yang kali terakhir berlumba dalam F1 mewakili pasukan McLaren sebelum bersara.

Ketika ditanya bahawa dia ada berbincang dengan mana-mana pasukan untuk kembali ke F1, Alonso sambil tersenyum menjawab ‘selalu’.

Selain Indy 500, Alonso, 39, yang datang ke sini sebagai duta McLaren juga melibatkan diri dalam Kejohanan Endurance Dunia dan pernah muncul juara Jun lalu selain perlumbaan rali. - AFP