Menurut Ketua Kontinjen Cameroon, Victor Agbor Nso, Olivier Matam dari acara angkat berat dan dua petinju, Ndzie Tchoyi dan Simplice Fotsala yang dijadualkan bertanding minggu ini, telah menghilangkan diri.

Dia turut berkata, dua lagi atlet berat, Aka Angeline Filji dan Mikoumba Petit David turut didapati menghilangkan diri, namun Victor tidak mengesahkan sejak bila.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kesatuan Sukan Komanwel, Peter Beattie berkata, kejadian ini agak mengecewakan kerana mereka gagal melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai seorang atlet yang sedang mewakilil negara.

"Namun, mereka masih merupakan tetamu di Australia, dan selagi mereka mempunyai visa yang sah, mereka bebas bergerak ke mana-mana (di dalam negara ini).

"Kita cuma risaukan keselamatan dan kebajikan mereka. Kami sedang memantau situasi ini bersama kontinjen Cameroon," kata Beattie.

Pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, seramai 26 atlet dan pegawai memohon perlindungan suaka di Australia, dengan 14 daripada jumlah itu, berasal dari Sierra Leone. - AP