Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 sementara Raden di tempat kedua memperoleh RM10,000.

Tempat ketiga acara itu menjadi milik pemain negara Mohammad Shafiy Zaim yang melakukan 157 jatuhan pin dalam pusingan kedua Last Man Standing sementara seorang lagi pemain negara, Nora Lyana Natasia di tempat keempat selepas melakukan 170 jatuhan pin, markah terendah dalam pusingan pertama Last Man Standing, acara itu.

Sementara itu, Peter Khor dari Singapura menjadi juara buat kali pertama dalam final stepladder Remaja 25 dan Ke bawah selepas menundukkan pilihan utama kejohanan dari Malaysia, Abang Afiq Yazid Abang Azman, 223-198.

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aiman Shahromnizam yang ditewaskan Khor 198-231 dalam perlawanan separuh akhir.

Kejohanan ini turut disertai legenda boling tenpin Amleto Monacelli daripada Professional Bowlers Association, Amerika Syarikat. - BERNAMA