Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu mara ke suku akhir selepas menundukkan rakan senegara, Aifa Azman menerusi kemenangan 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada pusingan ketiga, hari ini.

Sivasangari, 20, yang kini menghuni kedudukan No. 50 dunia, terbang pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat hanya semata-mata untuk menyertai pertandingan itu. Anak kelahiran Kedah itu melahirkan keyakinan mampu memberikan persembahah terbaik menentang pemain Hong Kong yang berada di ranking No. 19 dunia.

“Joey seorang pemain handalan, jadi saya rasa dia lebih tertekan berbanding saya. Saya pula hanya mahu beraksi dan sekali lagi, menguji kemampuan diri sendiri. Saya akan berusaha apa yang mampu untuk mempamerkan persembahan terbaik. Pemain yang beraksi lebih bagus pasti akan muncul sebagai pemenang, esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir.

Joey tidak berdepan masalah mengalah wakil Filipina, Jemyca Aribado 11-5, 11-6, 12-10 untuk ke suku akhir. Turut mara pilihan keempat, Low Wee Wern yang menewaskan Sunayna Kuruvilla dari India 11-7, 11-7, 11-7, bagi membolehkannya mencatat pertemuan dengan pemain Jepun, Satomi Watanabe.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, dua wakil negara, Mohd. Nafiizwan Adnan dan Ng Eain Yow turut menempah slot ke suku akhir setelah menyingkirkan lawan masing-masing. Nafiizwan Adnan menewaskan Robert Andrew Garcia 13-11, 11-8, 15-13, manakala Eain Yow menundukkan Ammar Al Tamimi 11-2 11-6 11-4. – BERNAMA