Kejohanan yang akan diadakan pada 28 dan 29 Mei ini akan berlangsung di padang SMSTJ, Kg. Gentam, Kuala Pilah, dan terbuka untuk pemain bawah 18 tahun sahaja.

Apa yang menarik ialah, kejohanan ini akan turut disertai oleh pasukan dari luar negara termasuk Kolej Zahira, Sri Lanka.

Objektif utama penganjuran kejohanan ini ialah bagi peningkatan kualiti permainan ragbi peringkat akar umbi di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khususnya.

Di samping itu, adalah diharapkan agar kejohanan ini mampu melahirkan pemain-pemain pelapis ragbi untuk pasukan Negeri Sembilan dan kebangsaan.

Mana mana pasukan atau sekolah yang ingin menyertai kejohanan ini, boleh menghubungi setiausaha kejohanan, Muhammad Azwan Adnan di 012-3089520 atau emel [email protected] atau Azizan Hassan di 013-9407562 dan [email protected]. - UTUSAN ONLINE