Kuartet Badrul Hisham Manap, Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy dan Johnathan Nyepa sekadar menduduki tempat kelima terpantas daripada tujuh peserta dalam saringan Kumpulan A namun kedudukan itu sudah cukup untuk melayakkan mereka ke pusingan akhir berdasarkan catatan masa keseluruhan daripada dua saringan.

Mengikut syarat kelayakan ke akhir, tiga pasukan terpantas setiap daripada setiap saringan layak ke pusingan akhir dan ditambah dengan dua pasukan terpantas lain.

Perlumbaan akhir 4x100m akan berlangsung esok. - UTUSAN ONLINE