Presidennya Datuk Amiruddin Embi berkata, peruntukan RM1 juta yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semasa Kejohanan Ragbi Piala Agong pada Oktober lepas tidak mencukupi terutama untuk mempersiapkan skuad 15 sebelah kebangsaan untuk terus beraksi dalam Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Asia 2016.

“Beraksi dalam Divisyen Satu, terutama berdepan pasukan se­perti Kazakhstan, Sri Lanka dan Filipina bukannya mudah, jadi kita kena cari dana tambahan.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagi membincangkan mengenai hal ini.

“Matlamat utama kami antara lain ialah untuk mengekalkan pa­sukan kita dalam Divisyen 1, selain meneruskan program pembangunan untuk skuad ragbi,” katanya selepas majlis penghargaan pemain dan pasukan ragbi Malaysia di Kelab Cobra, di sini kelmarin.

Dalam majlis itu, sembilan anugerah disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan kepada atlet dan pasukan yang bersaing di dalam dan luar negara.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.