King, 20, di ranking ke-121 dunia, mempamer semangat melawan selepas ketinggalan kepada pemain Belarus, Govortsova 5-3 di set kedua dan menguasai set ketiga.

Pemain China, Peng Shuai mara ke pusingan kedua dengan kemenangan selesa 6-0, 6-2 ke atas pemain Rusia, Anastasia Pivovarova.

Shuai, pilihan ke-10 akan berdepan pemenang di antara pemain Uzbekistan Akgul Amanmuradova dan pemain Amerika Syarikat Alexandra Stevenson.

Pemain Perancis, Virginie Razzano, pilihan ke-13 kejohanan juga mata dengan kemenangan straight set 6-1 6-2 ke atas pemain Amerika Syarikat Mallory Cecil manakala pilihan ke-11 Alona Bondarenko dari Ukraine mengetepikan tentangan pemain Luxembourg, Anne Kremer 6-4 6-0.

Pilihan utama dan pemain No.3 dunia, Elena Dementieva dari Rusia mendapat bye di pusingan pertama dan akan berdepan Julie Ditty di pusingan kedua selepas pemain Amerika Syarikat itu menundukkan pemain Jepun Ayumi Morita 6-1 6-1.

Pilihan kedua, Venus Williams diundi menentang sama ada pemain India, Sania Mirza atau Sesil Karatantcheva dari Kazakhstan selepas aksi pusingan pertama. - REUTERS