Jihin yang lebih dikenali Shadow Cat menewaskan Torres dalam tempoh tiga minit tujuh saat di pusingan pertama selepas pengadil, Yoshiniro Umeki terpaksa menghentikan perlawanan berikutan wakil dari Filipina itu tidak dapat melepaskan dirinya daripada triangle choke.

Kejayaan tersebut membolehkan Jihin, 20, mencatat kemenangan kelima dan tewas sekali dalam karier profesionalnya manakala Torres menang empat kali dan tewas empat.

Turut mencipta kejayaan, pejuang dari Kuala Lumpur, Mohamed Mahmoud yang memenangi kategori bantamweight selepas menewaskan rakan senegara, Saiful Merican. - UTUSAN ONLINE