Pada aksi di Pusat Akuatik Optus itu, Jian Han mencatatkan masa 25.83s di saingan separuh akhir untuk melupuskan rekod kebangsaan 25.67s milik pemenang pingat perak acara sama di Sukan Komanwel 2002 yang diadakan di Manchester, England.

Terdahulu, Jian Han mencatatkan masa 25.83s di peringkat saringan sekaligus memperbaharui rekod peribadinya iaitu 26.10s.

"Saya gembira akhirnya dapat pecahkan rekod lagenda renang negara selama 16 tahun. Terus terang saya katakan, catatan masa pagi tadi sudah dekat dengan rekod kebangsaan tapi tidak mahu fikir terlalu jauh.

"Tapi akhirnya saya boleh padamkan rekod itu. Memang tidak sangka walaupun dapat agak peluang saya cerah jika saya buat dengan bersungguh-sungguh," katanya. - BERNAMA