Isner yang mempunyai servis kencang tiba di selatan Florida dengan hanya merekodkan kemenangan dalam dua perlawanan tahun ini tetapi empat kemenangan minggu ini membolehkan dia semakin hampir menjulang gelaran ATP Masters buat kali pertama.

Pemain berusia 32 tahun dan juga merupakan pilihan ke-14 melakukan 13 ace untuk menghampakan pemain pilihan ke-19, Chung dengan hanya mengambil masa 68 minit.

“Saya beraksi sangat baik dan semakin bagus dalam setiap perlawanan. Keadaan gelanggang sesuai dengan saya (walaupun cuaca panas dan berangin). Cara lantunan bola tidak terlalu laju. Saya pernah bermain di sini dan cukup teruja mara sejauh ini,” kata Isner.

Isner akan menentang pemain Argentina, Juan Martin del Potro atau pemain Kanada, Milos Raonic dalam satu lagi aksi suku akhir lewat hari ini.

Dia menjangkakan separuh akhir bakal berlangsung sengit dengan Del Potro atau Raonic kini semakin bermain baik selepas gagal menyerlah tahun lalu. - AFP