Anderson berkata demikian selepas menerima kunjungan rombangan KLHA yang melawat kelab hoki Australia berkenaan bagi membincangkan langkah terbaik meningkatkan kualiti hoki Kuala Lumpur.

Kata Anderson, dia juga sedia membantu KLHA andai kedua-dua pihak mahu menjalin kerjasama baik.

"Saya sendiri sanggup untuk ke Malaysia kerana ia adalah peluang terbaik untuk meningkatkan permainan hoki dalam kalangan pemain KLHA.

"Dalam masa sama juga saya mempunyai beberapa perancangan untuk menambah baik hoki mereka kerana permainan hoki di Malaysia sungguh baik cuma ada beberapa aspek yang harus diperkemaskan lagi.

"Saya sangat tertarik untuk berbincang lebih lanjut dengan pihak KLHA mengenai perancangannya yang menarik dan progresif," kata Anderson.

Rombongan KLHA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin itu bermula pada 7 hingga 11 Ogos ini dengan tujuan utama meneliti struktur program Hockey Victoria iaitu satu daripada lapan pasukan negeri di Australia

Selain mengadakan perbincangan bersama Anderson, rombongan KLHA turut dibawa melihat sesi latihan skuad pembangunan Hockey Victoria serta sesi latihan pasukan Footscray yang beraksi dalam liga utama Victoria. - UTUSAN ONLINE