Apa yang lebih penting bagi bekas jurulatih Pakistan itu adalah untuk memastikan anak buahnya menunjukkan peningkatan serta mempamerkan persembahan konsisten sehingga ke Kejohanan Siri Akhir FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dari 26 April hingga 4 Mei ini.

“Apa yang ramai orang mahukan bukan minat saya tetapi sebaliknya minat saya hanya memastikan pasukan ini melakukan peningkatan bagi mencapai sasaran yang ingin dicapai," kata jurulatih berusia 64 itu pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 dengan menentang Poland, malam esok.

Kejohanan tahunan berprestij di Stadium Hoki Azlan Shah, di sini, menyaksikan kehadiran lima lagi negara lain iaitu India, Poland, Kanada, Korea Selatan dan Jepun.

Sementara itu, kapten pasukan, Razie Rahim berkata, mereka yakin dapat mempamerkan persembahan terbaik kali ini selepas mengikuti latihan pusat dan motivasi selama seminggu di Kuantan.

"Banyak latihan dalam aspek taktikal, ketepatan melakukan jaringan dan pukulan sudut penalti banyak membantu pemain meningkatkan semangat bagi memulakan saingan dengan baik," katanya. - BERNAMA