Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) mengakui mahu Faizal dan Fitri memperkuatkan pasukan yang bakal dibentuk nanti.

Fitri yang ditemui di TPC Kuala Lumpur berkata, dia sedia menyertai KLHA andai tawaran diterima lebih baik daripada Pasukan Hoki Terengganu (THT).

“Kontrak saya dan abang (Faizal) bersama THT akan tamat pada hujung tahun ini.

“Saya akan ambil mana-mana tawaran yang lebih tinggi dan sudah tentu akan memujuk Faizal untuk turut serta,” katanya.

Fitri dan Faizal sudah bersama THT sejak pasukan itu mula ditubuhkan pada 2013.

Sepanjang bersama THT, kedua-dua bintang Malaysian Tigers itu telah membantu kelab Terengganu meraih gelaran hatrik MHL pada 2014 hingga 2016. - UTUSAN ONLINE