Berdasarkan jadual perlawanan yang dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di laman web http://www.fih.chhari ini, pasukan Harimau Malaysia akan bertemu pemenang tiga kali Piala Asia, India dalam perlawanan pembukaan pada 17 Ogos, diikuti menentang pemenang pingat emas Sukan Asia, Jepun (18 Ogos), sebelum melengkapkan perlawanan pusingan awal bertemu New Zealand, dua hari kemudian.

Lapan pasukan dijemput ke acara tersebut yang diadakan sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan empat pasukan lelaki dan empat wanita.

Empat pasukan wanita yang dijemput Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo - India, Jepun dan China, selain juara Olimpik tiga kali, Australia .

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas akan bertemu pada perlawanan akhir selepas melengkapkan pusingan awal, manakala pasukan ketiga dan keempat akan menentukan tempat ketiga/keempat.

Hoki merupakan antara 56 perlawanan ujian yang akan berlangsung di sekitar Tokyo sebagai persediaan Jepun memastikan lokasi dan prosedur operasi disempurnakan sebelum acara utama Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA