Pertarungan epik itu berakhir dengan tie-break yang menyaksikan jaguh Serbia, Djokovic menang 7-6 (7/5), 1-6, 7-6 (7/4), 4-6, 13-12 (7/3) dalam masa 4 jam, 57 minit.

Djokovic, 32, dipaksa menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum menumbangkan Federer, dan memerlukan empat lagi gelaran Grand Slam untuk menghampiri rekod 20 kejuaraan milik jaguh Switzerland itu. - AFP