Halep, 27, yang merupakan pilihan ketujuh dan juga juara Terbuka Perancis 2018 akan beraksi dalam kejohanan Grand Slam kelima.

“Perasaan yang menakjubkan tetapi ia bercampur baur antara teruja dan gemuruh. Ini adalah detik terbaik dalam karier saya.

“Perlawanan tidak nampak, pertarungan berlangsung panjang dan sengit.

“Saya bekerja keras untuk menang dan Elina benar-benar menguji saya secara mental serta fizikal. Ia memerlukan saya memiliki taktik yang tepat,” kata Halep.

Bekas pemain No. 1 dunia itu kini akan berdepan sama ada juara tujuh kali, Serena Williams dari Amerika Syarikat (AS) atau pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Barbora Strycova dalam perebutan gelaran, Sabtu ini.

Halep yang menyingkirkan pemain remaja sensasi berusia 15 tahun, Coco Gauff pada pusingan 16 akhir, tewas kepada Eugenie Bouchard dari Kanada dalam penampilan terakhirnya pada separuh akhir Wimbledon 2014. - AFP