Pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan itu menamatkan kempen kelayakan di Stadium Carrara pagi tadi dengan berkongsi kedudukan ketiga terbaik bersama peserta Namibia, Roger Haitengi.

Atlet Dominica, Garcia Yordanys Duranona mengetuai saingan dengan lompatan 16.75m, diikuti Arpinder Singh dari India yang mencatat 16.39m.

Seramai 19 peserta bertanding dalam saingan kelayakan dan hanya 12 layak ke pusingan akhir, Sabtu ini.

Sekiranya Hakimi mampu mengulangi catatan peribadi terbaiknya iaitu 16.77m, tidak mustahil pemenang pingat emas Sukan SEA itu mampu menaiki podium, malah kejuaraan juga berada dalam gapaian.

“Saya mempunyai peluang untuk bersaing menaiki podium berdasarkan prestasi dalam kelayakan hari ini,” kata Hakimi. - UTUSAN ONLINE