Pemenang Master empat kali itu mencatat dua di bawah par 70 pukulan dalam aksi pusingan pertama.

Kata Woods, dia telah mempamerkan aksi positif malah berjaya mengawal permainannya dengan baik sepanjang 18 lubang.

“Saya telah melakukan apa yang perlu saya lakukan malah pukulan ketika menggunakan driver, iron juga amat bagus cuma keadaan lapangan di sini agak sukar untuk dibaca dengan baik.

“Esok saya akan bermula di sebelah petang dan mungkin keadaan angin agak kuat sedikit berbanding hari ini. Saya perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan,” kata Woods.

Dalam aksi hari ini, Woods melakukan empat birdie namun dua bogey di lubang lima dan 17 telah mengganggu catatan pemain dari Amerika Syarikat itu untuk saingan pusingan pertama Master 2019. - AGENSI