Bintang Amerika Syarikat berusia 43 tahun itu melengkapkan satu daripada kebangkitan terhebat dalam sejarah sukan bulan lalu dengan kemenangan dramatik pada Masters AS bagi jaket hijau kelimanya dan kemenangan pada kejuaraan utama kali pertama sejak Terbuka AS 2008.

“Sudah pasti satu daripada kemenangan terbesar saya. Ia sesuatu yang saya takkan lupakan selama-lamanya,” katanya.

Kemarau kejuaraan utama dalam tempoh 11 tahun menyaksikannya terbabit dengan skandal seks selain kecederaan lutut dan belakang yang menyukarkan kehidupannya hinggalah pembedahan pada 2017 membolehkannya kembali ke golf pada tahap elit.

“Anda boleh katakan ia mungkin paling besar, jika tidak satu daripada yang terbesar dalam sejarah golf.

“Dari mana dia hadir, tidak mengetahui sama ada dia akan bermain semula. Untuk hadir dengan perasaan sebegitu dan memenangi Masters memang amat mengagumkan,” kata pemain ranking ke-20, Webb Simpson.

Woods kini menghuni ranking keenam tampil di lapangan Long Island kurang tiga kejuaraan utama berbanding rekod karier 18 dicatat Jack Nicklaus dan kurang satu daripada rekod kejuaraan PGA AS 82 dicatat Sam Snead.

“Bagi saya untuk bertanding dengannya apabila dia kembali bermain amat menyeronokkan.

“Dia masih pemain yang hebat. Saya membesar menyaksikannya bermain dan seperti menjadikannya idola jadi untuk berpeluang bermain menentangnya, ia sesuatu yang hebat,”kata pemain ranking utama yang juga naib juara bersama Masters, Dustin Johnson. - AFP