Ini bermakna pemenang akan meraih 540,000 pounds (RM2.7 juta) berbanding 392,000 (RM2 juta) pada edisi 2018.

Ketua Eksekutif R&A, Martin Slumbers berkata, peningkatan jumlah tersebut adalah untuk mengurangkan jurang dengan hadiah kemenangan yang diraih dalam kategori lelaki.

“Ini adalah langkah pertama yang amat penting.

“Kami sedar ia akan mengambil masa untuk menghampiri dengan permainan lelaki.

“Kami akan terus bekerja dengan sasaran utama mengukuhkan model sistem ini namun kami tidak boleh melakukannya sendirian, peminat, penaja dan media harus sama memberikan sokongan untuk mendapatkan kecemerlangan,” kata Slumbers.

Pengumuman tersebut bermakna Terbuka Britain Wanita kini adalah pertandingan yang menawarkan hadiah kedua tertinggi dalam kalangan lima kejohanan golf utama wanita. - AGENSI