Sung Hyung yang meraih kejuaraan LPGA keenam di Singapura, MAc lalu menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang Hannah Greene di Kejohanan PGA Wanita minggu lalu meraih catatan 63 pukulan, lapan di bawah par dalam aksi yang berlangsung di Pinnacle Country Club in Rogers, Arkansas.

Keputusan itu membolehkan dia berkongsi kedudukan pendahulu bersama Ciganda selepas mengumpul 129 pukulan, 13 di bawah par secara keseluruhan.

“Saya hanya menang satu kejaraan musim ini tetapi secara keseluruhannya, permainan saya sangat baik.

“Minggu lalu juga agak baik. Saya harap boleh fokus dalam setiap pukulan yang dilakukan esok,” kata Sung Hyung.-AFP