PENGURUS Besar Setia eco Hill, Koh Sooi Meng bersama Pengurus Besar Golf Malaysia, Andrew Ng dalam majlis penajaan Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejohanan yang bakal disertai pemain amatur dengan handikap rendah itu juga mampu menjadi medan untuk mereka melangkah ke status pemain profesional.

Lebih menarik dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, tiada istilah penyingkiran sekiranya pemain gagal mencipta keputusan cemerlang pada hari pertama kejohanan kerana semuanya boleh diperbaiki ketika aksi hari kedua.

Kebanyakan peserta yang bakal bersaing dalam kejohanan berkenaan memberikan reaksi luar biasa terutama berkaitan tajaan baharu pada edisi kali ini.

Pemenang Kategori Lelaki pada tahun lalu, Low Suck Sun pastinya akan mempertahankan kejuaraan tahun ini untuk terus menyarung Jaket Hijau persis gaya kejohanan The Master.

Bagi Kategori Wanita, Angie Hii dari Sarawak dijangka menjadi tumpuan dalam pertandingan edisi Ke-33.

Penaja utama bagi kejohanan tersebut kekal milik Srixon.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33, anda boleh berhubung dengan Pengurus Besar Golf Malaysia, Andrew Ng di talian 012-6177560.