Undian yang dijalankan secara tahunan itu dikendalikan majalah berkenaan melalui laman sesawang goingplacesmagazine.com.

Undian berkenaan dijalankan sejak 2015 dan SGCC pernah memenangi kategori sama pada tahun 2016.

Pengurus Besar SGCC, S.A Nathan berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian berkenaan yang bukan kali pertama dikecapi mereka.

“Saya berasa ia merupakan testimonial untuk kami sejak kami baru sahaja selesai membuat pengubahsuaian padang dan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan padang golf Cobra di sini.

“Perubahan ini menarik perhatian pemain-pemain golf termasuk pemain-pemain antarabangsa dalam kejohanan anjuran Maybank baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah berkenaan disampaikan sendiri kepada Nathan daripada Pengarah Perniagaan Spafax Networks (Spafax), Sue Loke di pekarangan Palm Course, kelab itu sendiri.

Spafax merupakan penerbit untuk syarikat Malaysia Airlines.