Kejohanan yang berlangsung di RSGC itu disertai seramai 48 pemain yang terdiri daripada wakil-wakil media dan juga ahli-ahli RSGC.

Menurut Kapten RSGC, Datuk Chang See Tum, kejohanan itu merupakan satu platform untuk ahli-ahli RSGC merapatkan hubungan dengan rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan.

Katanya, memandangkan sambutan yang baik, pihaknya mencadangkan agar kejohanan seperti ini dijadikan sebagai acara tahunan kelab.

“Kita tahu bahawa golongan media sangat penting dan semuanya telah memberi kerjasama yang baik kepada RSGC. Terima kasih kepada semua.

“Saya yakin dan percaya kondisi padang golf RSGC sekarang ini sudah jauh lebih baik berbanding dahulu. Mungkin dari padangan kasar ia nampak mudah kerana lapangannya yang rata. Tetapi apabila anda beraksi di sini, anda akan tahu cabarannya,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. - UTUSAN ONLINE