Pada hari ini pemain dari Amerika Syarikat, Woodland menamatkan aksi dengan catatan dua di bawah par untuk keseluruhan 11 di bawah par 202 pukulan manakala Rose dari England berjaya merapatkan kedudukan selepas mencatat tiga di bawah par untuk 10 di bawah par keseluruhan.

Aksi Woodland dalam pusingan ketiga dilihat tidak begitu baik berbanding pusingan kedua berikutan hanya melakukan tiga birdie dan melakukan satu bogey.

Sementara Rose mempamerkan aksi bertenaga pada hari ini apabila berupaya membenam empat birdie.

Saingan pusingan akhir bakal berlangsung sengit dengan tumpuan pastinya terarah kepada Rose dan pendahulu ketika ini Woodland. - AGENSI