DeChambeau yang dikenali kerana keunikan dalam penggunaan set iron dengan panjang batang sama kesemuanya menamatkan aksi pusingan pertama enam di bawah par 66 pukulan berkongsi kedudukan bersama rakan senegara Brooks Koepka.

Lebih manis DeChambeau turut melakar rekod tersendiri sewaktu kejohanan di Kelab Golf Augusta National, Amerika Syarikat apabila muncul pemain pertama dalam tempoh enam tahun yang berjaya melakukan empat birdie berturut-turut dari lubang 15 hingga lubang terakhir.

“Kami telah menukar kesemua batang iron baharu dengan panjang yang sama sekali gus membolehkan saya melakukan pukulan lebih menakjubkan pada hari ini.

“Paling penting anda faham dinamik sekitar anda dan kemudian terhasil sesuatu yang istimewa,” kata DeChambeau.

Dalam aksi hari ini DeChambeau berjaya melakukan sembilan birdie namun tidak terlepas daripada melakukan bogey sewaktu lubang tiga, sembilan dan 14. - AGENSI