Kejohanan yang berlangsung pada 29 Jun lalu menyaksikan Nuralif muncul pemenang bagi kategori gross manakala Ashrul dinobat sebagai juara nett.

Dalam saingan kategori gross, Nuralif menamatkan saingan dengan catatan tiga dia atas par 75 bagi membolehkan dia muncul juara.

Pemain berkenaan berjaya melakukan tiga birdie, empat bogey dan double bogey dalam kadnya.

“Sesuatu yang menakjubkan apabila dalam beraksi semula untuk saingan Grand Final nanti selepas kali pertama layak pada tiga tahun lalu di Pattaya yang menyaksikan saya menamatkan aksi di tempat ketiga.

“Kesemua pukulan iron saya menjadi malah membantu bagi mendapatkan skor terbaik.

“Bagaimanapun, saya melakukan kesilapan ketika lubang terakhir dengan melakukan double bogey,” kata Nuralif.

Sementara itu, Ashrul yang menamatkan aksi nett dengan catatan 67 nett berkata, dia amat gembira dapat meraih tempat ke Taiwan malah tidak sabar untuk beraksi dalam saingan Grand Final tersebut.

“Sewaktu aksi kelayakan ini, semua pukulan chip saya amat baik begitu juga ketika putt.

“Selepas beberapa lubang saya dapat rasakan peluang untuk memenangi saingan ini sudah memihak saya,” kata Ashrul. – UTUSAN ONLINE