Nicholas menamatkan aksi pusingan kedua di Kelab Golf Saujana & Country, Shah Alam dengan catatan keseluruhan tiga di bawah par 141 pukulan selepas melakukan satu di atas par 73, hari ini.

Catatan tersebut tetap membolehkan Nicholas melepasi cut kejohanan apabila berada dalam kelompok 22 terbaik.

Kata Nicholas, kelemahan utamanya yang dapat dia kesan, hari ini, ialah ketika melakukan pukulan putt.

“Ketika di atas green saya lebih banyak melakukan pukulan putt terutama sewaktu sembilan lubang terakhir. Bagaimanapun secara keseluruhan saya tetap berpuas hati de­ngan catatan, hari ini, dan saya memandang ke hadapan untuk aksi hujung minggu.

“Dalam masa sama berharap dapat melakukan 62 pukulan sahaja selepas ini,” kata Nicholas.
 Dalam aksi hari ini, Nicholas hanya mampu mendapatkan dua birdie berbanding lima pada semalam dan kelemahan ketika melakukan pukulan putt menyebabkan dia mengumpul tiga bogey ketika aksi pusingan kedua.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang turut berjaya melepasi cut selepas pusingan kedua ialah jaguh No.1 negara, Gavin Green.

Gavin menamatkan pusin­gan kedua dengan catatan ke­seluruhan par 144 pukulan selepas melakukan dua di bawah par, hari ini. Catatan itu membolehkan Gavin berada dalam kelompok 55 terbaik.